Anda di siniSoalan Lazim / ICT (Untuk Kakitangan) / Soalan Lazim - ICT (Untuk Kakitangan)

Soalan Lazim - ICT (Untuk Kakitangan)


Maklumkan kepada pihak Unit ICT dan datang ke Unit ICT untuk menandatangani kad pertukaran hak milik komputer.

 

 

Pertukaran lokasi aset ICT boleh dilakukan HANYA dalam jabatan / unit yang sama. Sebarang pertukaran lokasi aset ICT hendaklah dimaklumkan kepada Unit ICT. Ini kerana pengguna aset tersebut perlu mengemaskini maklumat di KEWPA 2 aset tersebut.

 

  • Sekiranya ketua jabatan atau unit tersebut mahu mengekalkan kedudukan komputer tersebut di jabatan atau unit mereka, mereka hendaklah menandatangani kad pertukaran hak milik komputer di Unit ICT dan bertanggungjawab ke atasnya.
  • Sekiranya ketua jabatan atau unit tersebut tidak mahu bertanggungjawab ke atas komputer tersebut, komputer tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit ICT untuk disimpan.

 

 

  1. Isi Borang Laporan Kerosakan dan emelkan kepada mkhairul@polipd.edu.my dan CC kepada aina@polipd.edu.my
  2. Anda akan dimaklumkan semula tentang tindakan dan juruteknik yang bertugas.
  3. Sekiranya komputer anda perlu diformat, sila bawa CPU ke Unit ICT.
  4. Sekiranya komponen-komponen komputer seperti tetikus dan papan kekunci mengalami kerosakan, sila bawa ke Unit ICT untuk ditukarkan dengan yang baru.
  5. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi sambungan 2022.

 

 

  1. Hubungi 2022 untuk dapatkan pengesahan adanya komputer riba untuk dipinjam.
  2. Sila hadir ke Unit ICT dan bawa bersama salinan surat aktiviti (program, kursus, atau sebarang surat arahan) yang menyatakan keperluan penggunaan komputer riba jabatan.
  3. Anda cuma perlu mengisi borang di Unit ICT.

Perhatian!

  • Sila pastikan anda tidak mewakili sesiapa untuk meminjam komputer riba jabatan. Ini kerana kakitangan yang menandatangani KEWPA 6 ialah yang bertanggungjawab atas keselamatan komputer riba tersebut.
  • Anda tidak dibenarkan membawa keluar komputer riba jabatan dari Politeknik Port Dickson melainkan diberi kebenaran bertulis daripada Pengarah Politeknik Port Dickson.

 

 

  1. Maklumkan kepada pegawai Unit ICT dan mereka akan set semula kata laluan tersebut.
  2. Log masuk komputer dengan kata nama (username) dan kosongkan bahagian kata laluan.
  3. Masukkan kata laluan yang baru (Rujuk sini).

 

 

  1. Tekan Ctrl + Alt + Del di papan kekunci (keyboard) anda.
  2. Pilih ‘Change Password’.
  3. Masukkan kata laluan lama (Old Password) dan baru (New Password) anda dan klik ‘OK’.
  4. Klik ‘Cancel’ dan anda akan kembali ke desktop.

 

 

  1. Proses penyelenggaraan berkala komputer akan dilakukan sebanyak dua (2) kali dalam satu semester. Masa khusus akan dimaklumkan setiap kali proses akan berlangsung.
  2. Anda semua diminta memberi kerjasama  kepada para juruteknik sepanjang proses penyelenggaraan berlangsung.

 

 

Sila berurusan dengan ketua jabatan yang menyelia makmal-makmal tersebut. Berikut ialah senarai makmal dan jabatan yang bertanggungjawab:

  • Makmal Komputer 1 hingga 5 dan Makmal Acad 1 dan 2 (JMSK)
  • Makmal CADCAM dan ECOM (JKM)
  • Makmal DSK dan DAT (JP)
  • Makmal Senibina (JKA)