Jabatan Kejuruteraan Awam

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah ditubuhkan pada Jun 1990 dengan dibantu oleh 9 orang kakitangan sahaja. Ia telah ditadbir oleh Tuan Haji Mahmod bin Haji Basar selaku Ketua Jabatan yang pertama dengan mempunyai hanya 30 orang pelajar sahaja. Pada pengambilan yang pertama, pelajar hanya mengambil kursus Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan). Melalui perancangan yang terancang, bilangan kelas, makmal dan bengkel serta pengambilan pelajar dalam kursus terus meningkat. Kini Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson menawarkan kursus pada peringkat diploma bagi program kejuruteraan awam dan program seni bina.

Sehingga sesi Disember 2012, bilangan tenaga pengajar JKA ialah seramai 69 orang iaitu 21 untuk program seni bina dan 45 untuk program kejuruteraan awam.  Seterusnya bilangan pelajar yang aktif di kampus ialah seramai 1004 iaitu 653 untuk program kejuruteraan awam dan 351 untuk program seni bina. Usaha yang berterusan sentiasa dibuat oleh JKA untuk menjadikan jabatan ini salah sebuah pusat latihan yang efektif dan canggih yang mampu melahirkan juruteknik terlatih dalam bidang kejuruteraan awam serta seni bina. Ini terbukti dengan kejayaan para graduan pada pasaran pekerjaan sama ada dalam sektor awam meskipun swasta. Ini terbukti dengan kebolehpasaran pelajar dari JKA untuk lulusan Jun 2012 ialah 83.5%.  Statsitik kebolehpasaran pelajar ini adalah tertinggi berbanding dengan semua jabatan akademik yang lain di Politeknik Port Dickson.

JKA sentiasa berusaha membantu para pelajar lepasan sijil politeknik yang telah bekerja dengan mengambil Kursus Diploma Secara Sambilan (KSS) yang hanya dijalankan pada hujung minggu. Ini memberi peluang pada pelajar yang telah bekerja untuk mempertingkatkan lagi tahap pendidikan mereka. Buat masa ini JKA hanya menawarkan Kursus Diploma Secara Sambilan (KSS) untuk program seni binaPada semester ini pelajar yang berdaftar di bawah ini ialah seramai 35 orang. Dibawah kepimpinan Cik Hajjah Azlin Ismail Effendi JKA telah menempa banyak kecemerlangan sepanjang tahun 2012 selaras dengan kehendak transformasi politeknik Malaysia.

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.