Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun 1990. Pada peringkat awal, JKE Politeknik Port Dickson hanya menawarkan satu kursus iaitu Sijil Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (SEP). Pada masa itu, hanya terdapat 6 orang pensyarah dengan 30 orang pelajar. Menurut statistik selepas tahun-tahun berikutnya, bilangan pensyarah dan pelajar meningkat selari dengan pertambahan jumlah program. JKE telah berkembang secara drastik dan kini menawarkan 4 program diploma. Untuk mengekalkan daya saing, JKE telah terlibat dalam beberapa pertandingan antarabangsa. Antaranya termasuk Pertandingan ROBOT SSOCCER.

Di samping itu, beberapa pensyarah JKE telah mendapat pengiktirafan daripada badan profesional seperti CISCO, COMPTIA dan ADOBE. Bagi memastikan graduan JKE sentiasa relevan dengan keperluan pasaran semasa, JKE telah bekerjasama dengan industri seperti Megasteel Sdn. Bhd, Three-OPP Sdn. Bhd. dan Astana Digital Sdn. Bhd. Ini bertujuan untuk memberi nilai tambahan kepada pelajar dengan kemahiran dalam bidang elektrik, komputer dan gentian optik, dan komunikasi. Selain itu, terdapat program-program yang dikendalikan untuk memperkenalkan Politeknik Port Dickson kepada umum, terutama JKE dengan usaha untuk berada dekat dengan masyarakat.

Jabatan yang diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dibantu oleh 4 orang Ketua Program ini, mempunyai kekuatan staf seramai 69 orang menawarkan 4 program iaitu:

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
    Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Perhubungan ) meliputi disiplin yang luas dalam bidang kejuruteraan elektronik, dengan pengkhususan dalam teknologi perhubungan. Program ini direka dengan asas kejuruteraan elektrik dan elektronik yang meluas yang termasuklah matematik , asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor , pemasangan pendawaian dan reka bentuk bantuan komputer yang menyediakan versatiliti kepada graduan , selain menekankan bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan termasuklah telefoni, komunikasi gentian optik , komunikasi data dan rangkaian, serta komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro.
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
    Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer ) direka untuk menampung keseluruhan disiplin dalam bidang kejuruteraan elektronik, dengan tambahan pengkhususan elektronik yang digunakan dalam bidang teknologi berasaskan komputer. Asas elektronik yang meluas yang merangkumi kuasa , telekomunikasi , kawalan, instrumentasi dan komputer menyediakan versatiliti kepada graduan, selain menekankan bidang pengkhususan. Graduan diramalkan untuk berkhidmat dalam bidang teknologi komputer. Penggunaan elektronik dalam peralatan berasaskan komputer hari ini memerlukan juruteknik mahir dan terlatih yang diperlukan untuk menempuh cabaran-cabaran baru.
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
    Diploma Kejuruteraan Elektrik direka untuk menampung keseluruhan disiplin dalam bidang kejuruteraan elektrik, dengan tambahan pengkhususan bidang elektronik . Asas elektronik yang luas merangkumi bidang kuasa, kawalan, instrumentasi dan komputer memberikan versatiliti kepada graduan, selain menekankan bidang pengkhususan. Graduan diramalkan untuk berkhidmat dalam bidang kejuruteraan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik hari ini memerlukan juruteknik mahir dan terlatih yang diperlukan bagi menempuh cabaran-cabaran baru.
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Green Energy)
    Diploma dalam program Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Hijau) direka untuk meliputi disiplin kejuruteraan elektrik, dengan penekanan dalam bidang tenaga hijau. Asas elektrik dan elektronik yang luas merangkumi prinsip elektrik dan elektronik, asas pengkomputeran dan pengaturcaraan, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik, sistem kuasa dan reka bentuk bantuan komputer memberikan versatiliti kepada graduan. Pada akhir program ini, pelajar dilengkapi dengan kursus-kursus pengkhususan termasuk asas tenaga hijau , sistem tenaga hijau, kecekapan tenaga dan pengurusan serta system integrasi tenaga hijau.

 

Muat Turun: Baucer JKE


KEMUDAHAN MAKMAL

BIL.

JENIS KEMUDAHAN

BIL. KEMUDAHAN

1.

Makmal Telekom (E 001)

1

2.

Makmal Mesin Elektrik (E 002)

1

3.

Bengkel Pepasangan (E 003)

1

4.

Makmal Prinsip (E 004)

1

5.

Makmal Elektronik Kuasa (E 005)

1

6.

Makmal Mikropemproses (E 006)

1

7.

Makmal Sistem Digital (E 007)

1

8.

Makmal Elektronik (E 008)

1

9.

Makmal Pengukuran (E 010)

1

10.

Makmal Baik Pulih (E 011)

1

11.

Bengkel Projek (E 012)

1

12.

Makmal ECAD

(Electronic Computer Aided Design)

1

13.

Makmal ECOMM

(Electronic Computer)

1

14.

Makmal Kawalan Automatik

1

15.

Makmal Gunasama

1

16.

Makmal Telekom 2

(Advanced Communication)

1

16.

Bilik Kuliah

12

17.

Dewan kuliah

1

18.

Bilik Mesyuarat

1

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.