Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) yang pada mulanya dikenali dengan nama Unit Matematik dan Sains telah mula ditubuhkan pada tahun 1993. JMSK memainkan peranan penting dalam mengkoordinasi pengajaran Matematik Kejuruteraan dan Sains Kejuruteraan  bagi semua jabatan dan juga bertanggungjawab untuk program Pra Diploma Sains. JMSK juga dipertanggungjawabkan menyelaraskan penggunaan Makmal Sains dan Dewan Kuliah 4 supaya jadual penggunaannya lebih sistematik bagi semua jabatan.
 
Pada masa ini, JMSK mempunyai kekuatan tenaga pengajar seramai 29 orang yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai disiplin seperti Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrikal dan juga seorang pembantu makmal. Pada sesi Jan 2017, seramai 3308 orang pelajar telah mendaftar bagi kesemua kursus dibawah kelolaan JMSK.
 
Sebagai langkah proaktif, Jabatan ini telah menganjurkan Karnival MathSCom setiap tahun bagi memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran matematik dan sains. Berbagai acara dan permainan berkaitan matematik, sains dan komputer telah diadakan bagi membina tanggapan baru dikalangan pelajar bahawa matematik, sains dan komputer adalah sesuatu yang menarik dan  merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian. Disamping itu Jabatan ini juga telah mengadakan beberapa aktiviti dalam membantu pelajar yang memerlukan tunjuk ajar secara dekat seperti Smart Class dan Kelas Pemulihan  agar pelajar dapat menguasai kursus matematik dan sains dengan lebih baik lagi.
 
Pada tahun 2017, Jabatan ini telah bekerja keras untuk mempromosikan Politeknik Port Dickson sekitar Zon Port Dickson dengan menganjurkan Kursus Celik IT- Power Point dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan untuk pelajar sekolah rendah di Perpustakaan Desa sekitar Zon Port Dickson. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Tun Hairudin bin Abu Bakar dan beliau telah meminta untuk diperluaskan untuk pelajar sekolah menengah. Disamping itu, Jabatan ini telah mengadakan Ceramah Motivasi setiap semester dalam memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya mencari ilmu dan menghargai peluang yang ada.  Penceramah yang pernah dijemput seperti Prof Adjung Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah bin Kamsah, Syamsul Amri @ Syamsul Debat dan Osman Affan.
 
Jabatan ini juga menjalankan aktiviti CSR seperti Program CSR Menanam Pokok Bakau dan Penyulaman Semula Pokok Bakau di tepi pantai Tanjung Tuan bagi memelihara Ekosistem Pesisir Pantai.


Kursus-kursus yang ditawarkan adalah:

1. Program Diploma Kejuruteraan

 

2. Program PraDiploma Sains

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.