Jabatan Pengajian Am

Jabatan Pengajian Am (JPA) terdiri daripada dua unit, iaitu Bahasa Inggeris dan Unit Pengajian Islam. Kedua-dua unit ini memainkan peranan masing-masing. Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam subjek Bahasa Inggeris Teknikal untuk pelajar program kejuruteraan dan Perdagangan untuk pelajar program perdagangan. Manakala Unit Pengajian Islam bertanggungjawab dalam tiga subjek iaitu, subjek Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral untuk pelajar Islam dan bukan Islam.

 

Unit Bahasa Inggeris : Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam subjek Bahasa Inggeris sepenuhnya di Politeknik Port Dickson. Dari semasa ke semasa, unit ini sentiasa menganjurkan kursus-kursus untuk para pensyarah dari semua jabatan, orang awam dan seminar-seminar serta pertandingan-pertandingan seperti pidato Bahasa Inggeris, karaoke, drama dan lain-lain, khas untuk para pelajar bagi meningkatkan kualiti penggunaan Bahasa Inggeris, menekankan kepentingannya dan untuk mencabar penguasaan bahasa Inggeris mereka. Di samping itu juga, unit ini turut menjalankan pendaftaran peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk para pelajar dan turut bertanggungjawab untuk menyediakan pusat peperiksaan tersebut.
     
Unit Pengajian Islam : Unit Pengajian Islam bertanggungjawab di dalam semua subjek keagamaan seperti Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral. Pelajar Islam diwajibkan untuk mengambil subjek seperti Pengajian Islam serta Tamadun Islam manakala pelajar bukan Islam pula diwajibkan untuk mengambil subjek Pendidikan Moral dan Tamadun Islam. Seperti unit Bahasa Inggeris juga, unit ini juga aktif dalam menganjurkan program-program kerohanian dan kebajikan seperti Minggu Penghayatan Islam, Tilawah Al-Quran, seminar, ceramah dan lain-lain untuk para pelajar.

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.