Jabatan Perdagangan

Jabatan Perdagangan (JP) mula beroperasi pada bulan Jun 1990. Pada ketika itu hanya 2 kursus diploma sahaja yang ditawarkan iaitu kursus Diploma Perakaunan dan juga Kursus Sains Kesetiausahaan.

Objektif JP adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa professional terutamanya dalam bidang perdagangan.

Pada asalnya, JP hanya mempunyai 6 orang pensyarah bagi mengajar seramai 55 orang pelajar. Walau bagaimanapun, setelah setahun beroperasi kursus yang ditawarkan telah ditingkatkan kepada 3 kursus dengan menawarkan Sijil Pemasaran sebagai tambahan. Dua tahun kemudian, Sijil Pemasaran telah dinaiktaraf kepada Diploma Pemasaran menjadikan JP satu-satunya jabatan yang menawarkan kursus diploma sahaja.

Sejak JP ditubuhkan, ia telah melahirkan ramai pelajar yang berkaliber dalam pelbagai bidang. Graduan dari jabatan ini telah berjaya menjawat jawatan yang baik, antaranya sebagai penolong akauntan, penolong juruaudit, eksekutif perakaunan, pegawai bank, eksekutif jualan, usahawan, penyelia pemasaran, jururunding pemasaran, stenographer, pembantu peribadi, setiausaha, setiausaha sulit dan sebagainya.

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.