[JHEP] Permohonan Pelekat Kenderaan Pelajar

PELEKAT KENDERAAN PELAJAR
 
1. Pelekat kenderaan pelajar dikeluarkan oleh Unit Sahsiah dan Disiplin (USD), Jabatan Hal Ehwal Pelajar PPD bagi tujuan keselamatan di dalam kampus selari dengan Kaedah 36, Bahagian IV Tatatertib Lalulintas Jalan, Akta 174.
2. Bagi sesi Jun 2019, permohonan pelekat kenderaan pelajar telah dibuka seawal semester dan permohonan akan ditutup pada 12 Julai 2019. 
3. Status permohonan boleh di semak melalui SPMP pada 17 Julai 2019.
4. Pelekat kenderaan boleh diambil di ruang legar MPP pada 18 Julai 2019. 
 
SOALAN LAZIM
 
1. Siapakah yang boleh memohon pelekat kenderaan pelajar?
Pelajar. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar yang menginap di luar kampus sahaja. Pelajar yang menginap di dalam kamsis tidak dibenarkan. 
 
2. Adakah pelekat kenderaan pelajar akan dikeluarkan sepanjang semester?
Tidak. Pengeluaran pelekat kenderaan pelajar adalah terhad. Pelekat motorsikal sebanyak 600 dan motokar sebanyak 250. 
 
3. Berapakah tempoh masa pelekat kenderaan pelajar sah digunapakai?
Sah digunapakai dua semester sahaja, contohnya, sesi Jun 2019 dan Disember 2019. 
 
4. Dimanakah kawasan parkir kenderaan pelajar? Kawasan petak parkir pelajar yang diuntukkan sahaja. 
Motorsikal hanya diuntukkan di kawasan parkir motorsikal (600 petak) berhampiran pondok pengawal. Motokar hanya diuntukkan di kawasan parkir pelajar mengikut zon iaitu; Zon 1 (132 petak) – depan Dewan Wawasan,  Zon 2 (48 petak) – parkir bangunan akademik,  Zon 3 (18 petak) – parkir JKM.   
 
5. Sekiranya tiada pelekat kenderaan, adakah kenderaan pelajar dibenarkan berada dalam kampus?
Tidak. 
 
6. Sekiranya petak parkir kenderaan pelajar penuh, apa yang perlu dilakukan?
Kawasan parkir kampus PPD mempunyai kawasan parkir yang terhad, maka pelajar perlu hadir awal untuk mendapatkan parkir. Tindakan Notis Denda Terus akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang parkir diluar petak yang diuntukkan kepada pelajar.
 
7. Apakah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan Notis Denda Terus berkaitan kenderaan pelajar?
Sila rujuk, Perkara 18, Panduan Penggunaan Kenderaan dan Peraturan Lalulintas, Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik.  
 
8. Berapakah nilai denda bagi kesalahan langgar peraturan lalulintas jalan?
Akta 174, Bahagian IV, Tatatertib Lalulintas Jalan, Kaedah 47. (1) Pelajar boleh dikenakan denda terus tidak lebih RM100.00 sebagai ganti tindakan tatatertib. 
 
9. Dimanakah kawasan larangan kenderaan pelajar berada?
Semua kawasan dalam kampus kecuali petak parkir yang diuntukkan kepada pelajar sahaja.  
 
10. Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan kenderaan dan lalulintas, siapakah pihak yang bertanggungjawab?
Unit Sahsiah dan Disiplin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PPD. 
 
 
Disediakan oleh;
Unit Sahsiah dan Disiplin
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Jun 2019

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.