Alumni Politeknik Port Dickson

Pautan : Blog Alumni PPD Tujuan dan Matlamat Persatuan 

  • Menghimpunkan graduan Politeknik Port Dickson semula bagi membincangkan pengalaman-pengalaman berharga mereka yang telah membantu dalam kerjaya masing-masing.
  • Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Alumni dengan Politeknik Port Dickson.
  • Menjalinkan persefahaman di antara kakitangan kerajaan, golongan professional mahupun swasta dalam beberapa perkara yang mejurus kearah misi dan visi Politeknik Port Dickson. .
  • Perhubungan dan komunikasi dua hala yang berterusan dan akrab dengan alumni melalui sistem elektronik dan pengkomputeran efisien setiap masa.
  • Membangunkan pangkalan data alumni yang lengkap dan sistematik berserta dengan sistem capaian maklumat yang efisien bagi setiap kumpulan graduan.
  • Mengadakan saluran dan menyediakan sistem bagi mendapatkan maklumbalas daripada alumni tentang kerelevanan program pengajian demi kemajuan Politeknik Port Dickson secara berterusan.
  • Membangunkan aktiviti menggalakkan alumni kembali ke kampus untuk terlibat dengan program pembelajaran pelajar setiap semester secara berterusan
  • Mengadakan pakatan strategik penyelidikan dengan penyelidik dan pensyarah setiap tahun secara berterusan.
  • Memantapkan kerjasama erat dengan Persatuan Alumni dan organisasi luar dengan mengadakan kolaborasi bersepadu dan strategik untuk membantu pelajar dan graduan dalam perihal latihan praktik / industri , internship dan kerjaya setiap tahun.
  • Pengeluaran dan penyebaran berita berkenaan perkembangan Politeknik Port Dickson dan alumni melalui laman web yang interaktif setiap bulan, internship dan kerjaya setiap tahun.
  • Menjalankan kajian pengesanan alumni atau menjejaki alumni setiap tahun dan pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson.
  • Menerbitkan direktori alumni dan organisasi secara berkala untuk alumni dan pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson.
  • Matlamat Politeknik Port Dickson untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan tercapai.
  • Politeknik Port Dickson dapat merealisasikan wawasannya untuk menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia.
  • Menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menggerakkan aktiviti pertubuhan.
  • Untuk menjalankan kegiatan perniagaan. “Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini”.
  • Membuat kutipan derma dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pendaftar Petubuhan terlebih dahulu.
  • Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan Persatuan selaras dengan tujuannya.

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.