Jabatan Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan

 

 

 

JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN

 

Fungsi utama Jabatan Sukan, KoKurikulum & Kebudayaan adalah menyelaras dan mengendalikan semua aktiviti akademik (kokurikulum) bagi semester 1 hingga semester 5 yang terdiri daripada  badan beruniform (DRB), Sukan (DRS) dan Kelab Persatuan (DRK) dan aktiviti bukan akademik (sukan & kebudayaan) untuk semua pelajar pada setiap semester. Aktiviti ini merupakan elemen penting dalam membentuk modal insan yang berketerampilan serta cergas dalam membentuk sahsiah diri semasa dan selepas tamat belajar.

Objektif utama Jabatan Sukan, KoKurikulum & Kebudayaan ini ditubuhkan adalah mengkoordinasi semua aktiviti akademik dan bukan akademik sepanjang semester. Objektif utama boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

 

  • Iktisas

·         Memberi kesempatan kepada pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan memimpin dan kebolehan melatih

·         Memberi pendedahan keapda aspek-aspek keusahawanan agar dapat mengembangkan minda, bakat dan potensi secara menyeluruh dan berketerampilan

·         Meningkatkan keupayaan dari segi kepimpinan dan jatidiri

·         Kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum melebihi 90%

 

  • Kemasyarakatan

·         Sebagai persediaan masa depan pelajar mencebur diri dalam kegiatan kemasyarakatan

·         Menyedarkan serta menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan social, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara

·         Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang demokratik, bermoral tinggi, sihat, berdisiplin, berdedikasi, di samping mempunyai sikap taat dan toleransi.

 

 

 

 

SENARAI PEGAWAI

Ketua Jabatan : Azizul Azrin Bin Mahmor azizulazrin@polipd.edu.my
Ketua Kursus   Mohd Nahar bin Ahmad mnahar@polipd.edu.my
Pegawai : Mohd Shah Rizan Nizam bin Abd Manap shahrizan@polipd.edu.my
  : Nurfarizah binti Ishak nurfarizah@polipd.edu.my
  : Azharizal bin Santib azharizal@polipd.edu.my
  : Azizul Izham bin Abdul Rahim azizul@polipd.edu.my
Pembantu Operasi : Hairul Anuar bin Alwi hairul@polipd.edu.my

No Telefon : 06-662 2000 / 8358 / 2019

 
BORANG PENDAFTARAN PEMAIN/ATLET INDIVIDU (I FORM)

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.