Ucapan Pengarah PPD

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam Jubli Perak ,

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.A.W., kerana dengan keizinanNya jua, saya diberi peluang untuk mengemudi kepimpinan Politeknik Port Dickson mulai 1 Mac 2017.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada sidang editorial di atas kegigihan dan kesungguhan dalam menghasilkan bahan ilmiah ini sebagai santapan ilmu kepada kita. Sokongan yang padu terhadap segala aktiviti yang dijalankan telah memberi kesan baik terhadap prestasi politeknik kita sepanjang tahun 2016. Diharapkan sokongan ini akan berterusan dan dapat diperkasakan dan terus bertambah di masa akan datang. PPD telah mencipta lembaran baru selepas berjaya meraikan Sambutan 25 Tahun Jubli Perak pada tahun ini. Sejak bertapak bermula tahun 1991, kejayaan demi kejayaan telah diperolehi hasil dari sokongan dan kerja keras segenap lapisan warga politeknik ke arah melahirkan graduan berkualiti seiring dengan pembangunan Negara.

Malahan, saya juga merasakan peranan dan komitmen dari luaran dan jalinan kerjasama pintar melalui pihak di luar seperti agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta, stake holder, NGO’s dan juga komitmen dari negara luar seperti Australia, New Zealand, Korea, Indonesia, dan Taiwan telah menjadi satu petanda dalam mengejar kegemilangan serta meletakkan PPD di mata dunia. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kita boleh berbangga dengan jalinan kerjasama antarabangsa ini yang banyak memberi faedah kepada kita.

Sepanjang tahun 2016, pelbagai aktiviti telah diatur dan dijalankan sempena Sambutan Jubli Perak PPD bagi mencipta sejarah kewujudan kita di Port Dickson. Antaranya yang saya boleh sebutkan ialah The Longest Non Stop Typing mencipta rekod menaip 24 jam tanpa henti dalam Malaysian Book of Record, Sambutan Hari Inovasi, Robotic (FIRA) Antarabangsa, Program Rumah Warisan Negeri sembilan, Kembara Merdeka, Seminar Perfileman dan Media, Majlis Penganugerahan Badan Berunifom, Poly Autofest, Program Jalinan Ukhwah dan CSR, Mengenalkan Program Sarjana Muda Sains Senibina, Kembara Amal Solat, Hari Sukan dan lain-lain lagi. Saya merasa amat teruja dengan aktiviti yang dijalankan yang sentiasa merapatkan hubungan antara pelajar, pensyarah dan juga masyarakat sekeliling. Harapan saya PPD akan sentiasa mencipta sejarah seiring dengan Transformasi Pendidikan Tinggi Negara.

Usaha menjayakan peranan politeknik amat bergantung kepada kekuatan modal insan yang terdiri dari para pelajar dan juga para pensyarah. Insyallah, dengan komitmen dan kerjasama ke dua-dua elemen ini akan melonjakkan lagi kegemilangan politeknik selaras dengan transformasi pendidikan yang telah berjalan seiring dengan transformasi pembangunan negara.

Sekian, Wassallam.

En Roslee Bin Yahya
Pengarah
Politeknik Port Dickson

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.