Unit Pengurusan Psikologi

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat membantu pelajar menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum dan juga mewujudkan keadaan kesihatan mental yang baik di kalangan pelajar Politeknik Port Dickson. Pelajar boleh menemui Pegawai Psikologi Politeknik atau Penyelaras Psikologi jabatan masing-masing untuk berbincang dan berkongsi maklumat secara objektif tentang masalah pendidikan, akademik, vokasional dan teknikal, peribadi, emosi, mental, sosial dan kesihatan yang ada hubungan dengan pencapaian kejayaan di Politeknik.

Tujuan utama UPPsi untuk membantu pelajar memahami diri supaya mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat dijadikan pedoman kepada penyelesaian masalah pada masa hadapan. Bagi tujuan mengukuhkan lagi perkembangan kemahiran-kemahiran berkomunikasi, berinteraksi, memimpin, mengurus dan mentadbir, aktiviti-aktiviti kelompok dijalankan dari semasa ke semasa.

Melalui pendekatan ini, diharapkan akan timbul suatu kesedaran yang positif dan sifat bertanggungjawab di kalangan pelajarUPPsi menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok.



Ketua Unit : Jamaludin bin Suhaimi jamaludin@polipd.edu.my
Pegawai Psikologi : Noor Asyikin binti Ahmad  noor_asyikin@polipd.edu.my
       
 
No Telefon : 06-662 2028 / 2015

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.