Unit Penyelidikan & Inovasi

Unit Penyelidikan & Inovasi, Politeknik Port Dickson (PPD) ditubuhkan bersesuaian dengan Teras Ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan. Aktiviti-aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, penubuhan kelab usahawan-usahawan serta membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Unit ini.

Dengan tagline "Inovasi Pencetus Minda Kreatif", tertubuhnya Unit ini secara rasmi pada 8 Januari 2010, segala perancangan telah dibuat bagi tujuan memandu arah halatuju program serta aktiviti penyelidikan dan inovasi di PPD dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang tersebut untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Namun aktiviti berkaitan Inovasi dan Penyelidikan telah pun bermula sejak tahun 2009 lagi. Aktiviti-aktiviti ini diselaras secara Zon, di mana semua politeknik yang berada di dalam Zon Selatan telah diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bagi tujuan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam proses P&P.

MATLAMAT

Matlamat Unit ini adalah untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi dikalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di peringkat PPD khususnya. Proses pemantauan dan penetapan hala tuju proses penyelidikan serta penerbitan penulisan ilmiahnya boleh menjadi agenda utama unit ini.

 

Ketua Unit

Dr. Ruslawati Binti Abd Wahab
Telefon: 06-662 2062

Pegawai Pengurusan Penyelidikan & Penerbitan/ Penolong Ketua Unit

Hjh. Sharifah Noriza Binti Syed Ibrahim
Telefon: 06-662 2055
 
Pegawai Pengurusan Inovasi
En. Mohamad Zaiham Bin Hamzah
Telefon: 06-662 2043
 
Pegawai Pengurusan Data
En. Mohamad Zamri Bin Muhamad
Telefon: 06-662 2043
 
Pegawai Pengurusan Projek Pelajar
En. Izuan Bin Dato’ Ishak
Telefon: 06-662 2044/2079
 
Pegawai Pengurusan KIK
Pn. Roslina Binti Muda
Telefon : 06-662 2042/7452
 
Pegawai Pengurusan Harta Intelek & Pengkomersilan
Pn. K. Devaki A/P Kanapathi 
Telefon : 06-662 2045

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.