Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan

Unit Penyelidikan, Inovasi dan pengkomersialan, Politeknik Port Dickson (PPD) ditubuhkan bersesuaian dengan Teras Ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan. Aktiviti-aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, penubuhan kelab usahawan-usahawan serta membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Unit ini.

Dengan tagline "Inovasi Pencetus Minda Kreatif", tertubuhnya Unit ini secara rasmi pada 8 Januari 2010, segala perancangan telah dibuat bagi tujuan memandu arah halatuju program serta aktiviti penyelidikan dan inovasi di PPD dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang tersebut untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Namun aktiviti berkaitan Inovasi dan Penyelidikan telah pun bermula sejak tahun 2009 lagi. Aktiviti-aktiviti ini diselaras secara Zon, di mana semua politeknik yang berada di dalam Zon Selatan telah diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bagi tujuan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam proses P&P.

MATLAMAT

Matlamat Unit ini adalah untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi di kalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di peringkat PPD khususnya. Proses pemantauan dan penetapan hala tuju proses penyelidikan serta penerbitan penulisan ilmiahnya boleh menjadi agenda utama unit ini.

 

 

BIL NAMA KAKITANGAN JAWATAN EMEL

NO. SAMBUNGAN

(06-662 XXXX)

1 Dr. Ruslawati binti Abd Wahab Ketua Unit ruslawati@polipd.edu.my 2062
2 Dr. Kannan A/L Rassiah Pegawai Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi kannan@polipd.edu.my  
3 Razimah binti Abdul Rahim Pegawai Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi razimah_rahim@polipd.edu.my  
4 Dr. Mazlina binti Mohd Tahir Pegawai Pengurusan Inovasi mazlina@polipd.edu.my  
5 Baharin bin Ahmad Pegawai Pengurusan Projek Pelajar baharin@polipd.edu.my  
6 Roslina binti Muda Pegawai Pengurusan KIK roslina_muda@polipd.edu.my  
7 Dr. Sivanandan A/L Balakrishnan Pegawai Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersialan sivanandan@polipd.edu.my  
8 Dr. Nurzakiah Hani binti Kamarolzaman Pegawai Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersialan nurzakiah@polipd.edu.my  
 
 

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.