Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Tugas utama Unit Pehubungan dan Latihan Industri ialah menyelaras program latihan industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan mengenai latihan praktikal pelajar. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk mengatur dan mengendalikan permohonan tempat latihan, mengenal pasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan dan penilaian latihan industri ketika latihan. Unit ini dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri di peringkat jabatan masing-masingSehingga kini, terdapat lebih 2,200 buah syarikat di seluruh negara yang tersenarai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri. Sebagai salah satu syarat yang diwajibkan dalam sistem politeknik, setiap pelajar mesti menjalani latihan industri. Tempoh latihan ialah selama 20 minggu, dan pelajar dihantar menjalani latihan di pelbagai jenis firma dan jabatan di seluruh negara. Pihak Politeknik Port Dickson akan berusaha untuk menempatkan pelajar-pelajar di tempat latihan yang sesuai dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar dan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar.

Objektif Latihan Industri

  1. Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan
  2. Menanam semangat kerjasama berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja
  3. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal dan sebaliknya
  4. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri
  5. Menanam sifat amanah dan tanggungjawab
  6. Membina keyakinan diri
  7. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan


Ketua Unit : Ahmad Zailani Bin Ahmad zailani@polipd.edu.my
Pegawai : Tham Yew Chen tyewchen@polipd.edu.my
  : Mohd Shamsulzamri bin Wahid shamsulzamri@polipd.edu.my
Pembantu Tadbir : Megala A/P Ayasamy megala@polipd.edu.my

No Telefon : 06-662 2000 / 8817 / 2020

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.