Unit Psikologi & Kerjaya

Unit Psikologi & Kerjaya (UPK) menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat membantu pelajar menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum dan juga mewujudkan keadaan kesihatan mental yang baik di kalangan pelajar Politeknik Port Dickson. Pelajar boleh menemui Pegawai Psikologi Politeknik atau Penyelaras Psikologi jabatan masing-masing untuk berbincang dan berkongsi maklumat secara objektif tentang masalah pendidikan, akademik, vokasional dan teknikal, peribadi, emosi, mental, social dan kesihatan yang ada hubungan dengan pencapaian kejayaan di Politeknik.

Tujuan utama UPK untuk membantu pelajar memahami diri supaya mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat dijadikan pedoman kepada penyelesaian masalah pada masa hadapan. Bagi tujuan mengukuhkan lagi perkembangan kemahiran-kemahiran berkomunikasi, berinteraksi, memimpin, mengurus dan mentadbir, aktiviti-aktiviti kelompok dijalankan dari semasa ke semasa.

Melalui pendekatan ini, diharapkan akan timbul suatu kesedaran yang positif dan sifat bertanggungjawab di kalangan pelajar. Mengenai kerjaya, pegawai psikologi akan membantu pelajar bagi mendapatkan maklumat-maklumat kerjaya dan mengaturkan sesi-sesi temuduga di dalam dan di luar politeknik khasnya bagi pelajar semester akhir. Sesi kaunseling juga dijalankan dalam bimbingan kerjaya ini. Pelajar digalakkan meneroka kebolehan diri mereka dan menggunakannya untuk kemajuan bidang kerjaya masing-masing. UPK menyediakan perkhidmatan tersebut:

  1. Perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok
  2. Perkhidmatan kaunseling kerjaya


Ketua Unit : Jamaludin b Suhaimi jamaludin@polipd.edu.my
Pegawai Psikologi & Kerjaya : Noor Asyikin Binti Ahmad  noor_asyikin@polipd.edu.my
       
 
No Telefon : 06-662 2000 / 2028

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.