Politeknik Malaysia

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 871/2670/2009 dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras berikut :
•Memperkasa Politeknik kearah menjadi pilihan yang setanding dengan university awam yang lain;
•Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap Politeknik;
•Memperkasa warga Politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi; dan
•Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja yang cemerlang.

Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 198/2685/2010 dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

Pautan: http://www.politeknik.gov.my/

Pautan Luar

Ikuti Kami

Politeknik Port Dickson

Penjana Utama Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan

Hubungi Kami

Politeknik Port Dickson

Km 14 Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027

Education - This is a contributing Drupal Theme
Design by WeebPal.