MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK PORT DICKSON KE-32

MAKLUMAN PENTING

Tempoh Pembayaran Yuran: 21 Julai 2025 hingga 17 September 2025

Tempoh Pendaftaran Online e-Konvo: 23 Julai 2025 hingga 19 September 2025

TAHNIAH!!!

Politeknik Port Dickson dengan sukacitanya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda dalam menamatkan pengajian
dan seterusnya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-32 Politeknik Port Dickson
pada 23 hingga 25 September 2025.

 

           

           

 
SIDANG MAJLIS KONVOKESYEN KE-32
SIDANG 1 SIDANG 2
Tarikh : 23 September 2025 (Selasa) Tarikh : 24 September 2025 (Rabu)
Masa : 1.30 petang hingga 5.00 petang Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Program : DKA, DSB Program : DTP, DKM, DAD
SIDANG 3 SIDANG 4
Tarikh : 24 September 2025 (Rabu) Tarikh : 25 September 2025 (Khamis)
Masa : 1.30 petang hingga 5.00 petang Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Program : DAT, DPR Program : DET, DEP, DEG, DEQ
SIDANG 5
Tarikh : 25 September 2025 (Khamis)
Masa : 1.30 petang hingga 5.00 petang
Program : DTK, DEM, DSK
KAD MASUK MAJLIS KONVOKESYEN
1. Setiap graduan hanya dibenarkan membawa masuk dua (2) orang tetamu sahaja ke dalam dewan konvokesyen kerana tempat adalah terhad. Tetamu lain boleh mengikuti majlis melalui tayangan skrin LED di ruang yang disediakan.

2. Kad Masuk Dewan akan diberi kepada graduan semasa pendaftaran majlis konvokesyen.

ETIKA MAJLIS KONVOKESYEN
Tetamu perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan majlis rasmi.
Lelaki-(batik/kemeja) berlengan panjang. Perempuan-kebangsaan/sopan dan tidak jarang.
Tetamu diingatkan supaya tidak membawa masuk makanan, minuman atau barangan persendirian yang boleh mengganggu perjalanan Majlis Konvokesyen.
Sila matikan atau tukar kepada mod senyap (silent mode) sekiranya membawa masuk alatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan lain-lain.
Mohon kerjasama agar tidak meninggalkan dewan semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung.
Tetamu dan graduan dilarang mengambil gambar/video di dalam atau di luar dewan bagi memastikan kelancaran majlis.